Tuesday, November 23, 2010

Saja Suka2

Salam semua..


Hari ni, selasa 23hb last paper exam pkul 2 kang.
takde idea nk tulis ape sbnarnye, saje tggu mata tgah loading nk tido, smbil notes kat tngan.

2 je la. ckup setakat ni merapu. mlam nanti aku merapu2 lg.
nk tido smbil hafal notes boleh?

Gardenia Augusta (Bunga Cina)..zZz
Delonix Regia (Semarak Api)..ZzZ
zzZzZ..Pandanus..zZz..Odo..ZzZzZzZzZZZz...........

p/s : thanks to Anip Harun si mata sempit yg baik hati susah payah edit header ngan segala macam lg la. cantek amat! morning uols! eh?! juge wat Sarah Asshila selaku pengambil gambo. TQ. =)

Monday, November 22, 2010

Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA



=)

Saturday, November 13, 2010

Saya Suka Dia. Perlu Tak Saya Luahkan Perasaan Padanya..

Mood: Dilema Perasaan.

Pada zaman dahulu. Saya join satu conference. Ramai chatter kat situ. Tiba-tiba ada sorang chatter (gadis) luahkan perasaan sedih dia kat chatter2 lain. Yang berbunyi:



“Saya sedih. Saya ske kat sorang laki ni. Tapi dia dah berpunye. Setiap kali tengok kat facebook gambar dia same dgn makwe dia. Saya rasa nak nangis. Ape yg saya perlu lakukan? Uwaa..”



Dan ada la beberapa makhluk yg kasi pendapat.

Makhluk A (seorang gadis):

Awak sabar ya. Dia dah tau awak suka dia? Kalau tak tau. Baik awak luahkan perasaan awk tu kat dia. Sekurang2nya dia tau perasaan awak. Lebih lega macam tu kan.

Makhluk B (juga seorang gadis):

Betol tu. Luahkan isi hati awak. Kalau dia tak terima, anggap lah dia bukan jodoh awak. Mungkin Allah akan gantikan lelaki yg lebih baik utk awak.

Makhluk Asing (seorang lelaki):

Jangan luahkan perasaan awak tu. Dah tau dia dah berpunya. Takkan nak luahkan jugak. Kalau orang lain luahkan isi hati kat boifren awak, ape perasaan awak? Seeloknya sabar je. Terima hakikat dia bukan utk awak. Cari je orang lain.




Discussion:

Kat sini ada perbezaan fikiran lelaki dgn perempuan. Perempuan cepat rasa kesian. Biasanya nak jalan keluar yg nampak sweet je. Luahkan perasaan mungkin jalan sweet yg kita dpt fikirkan. Tapi, masalah takkan dapat diselesaian dgn hanya rasa kesian.

Katakan kalau luahkan perasaan. Dan lelaki tu terima. Apekah akan jadi? Adakah awak puas hati dia break dgn girlprend dia semata2 utk sama2 dgn awak. Tak ke kat situ jadi perang antara awak dgn girlprend dia tu? No wonder la kita selalu dengar perempuan ini serang perempuan itu. Mungkin kat sini puncanya..

Seeloknya, fikir dalam-dalam. Ambil kira kesan dan keadaan sekeliling sebelum anda luahkan isi hati kpd si dia.



“Cinta tak semestinya harus memiliki. Tapi mendoakan kebahagiaan dia adalah cinta yg sebenar-benarnya..”
.
.
.
.
.
.
Saya suke pd siput. =)

Thursday, November 11, 2010

Senyum! =)

serius,
aku tak tahu kenapa dengan aku.
senyum sepanjang hari.

senyuman tue.
yes, senyuman tue !
semua ini berpunca daripada satu senyuman itu.
lebar senyuman tue.
sungguh manis.
kaku terlihat senyuman tue.
haha


sekarang, sila lah senyum :)



ok dah cukup mengarut. babai. =)

Wednesday, November 10, 2010

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

RABBIGHFIRLI - Tuhanku… ampunilah aku…
WARHAMNI - sayangilah aku….
WAJBURNI - tutuplah aib-aibku….
WARFA’NII - angkatlah darjatku…
WARZUQNII - berilah aku rezeki…
WAHDINII - berilah aku petunjuk…
WA’AAFINII – sihatkan aku…
WA’FUANNII - maafkan aku…

Ya Allah…………...
Selama ini aku tidak menyelami maksud doa ini.. yang setiap hari aku lafazkan ya Allah..
Sungguh besarnya nilai sebuah doa ini… Doa yang hanya daku lafazkan sahaja..
dalam tidak sedar selama ini aku tidah menghayatinga langsung….
WA’FUANNII…WA’FUANNII…WA’FUANNII…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...