Tuesday, July 12, 2011

TUDM Perlu Miliki Pesawat AWACS

Isu pencerobohan ruang udara oleh pesawat perang negara jiran semestinya dipandang serius oleh Kerajaan Malaysia. Jika pesawat tentera atau angkatan udara negara asing mampu memasuki ruang udara Malaysia 'sebebasnya', maka ia adalah sesuatu yang mengaibkan. Ia mempersoal kemampuan sistem pertahanan Malaysia untuk menangkis dan mencegah pencerobohan ruang udara negara. Ia membabitkan kedaulatan negara.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah lama memohon peruntukan untuk membeli pesawat AWACS atau Airborne Early-Warning and Control System .


Malangnya, permintaan TUDM tidak dilulus atau mendapat persetujuan kerajaan, kita tidak tahu apa alasannya sedangkan kerajaan sanggup membelanjakan wang rakyat untuk tujuan-tujuan lain termasuk sistem MRT di Lembah Klang. Kita ingin tahu sama ada MRT itu lebih utama dan jauh lebih penting daripada kehendak atau keperluan pertahanan seperti AWACS? 

Kerajaan mesti melengkapi ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera dengan aset-aset canggih dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Sistem radar yang ada tidak memadai untuk mengawasi ruang udara yang begitu luas merentasi Laut China Selatan dari Semenanjung ke Borneo.

TUDM benar-benar perlu memiliki AWACS untuk meningkat keupayaan, kecekapan dan kemampuan melindungi negara dari ancaman musuh melalui udara. Kerajaan tidak boleh mempersalahkan TUDM jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana ia gagal melengkapi TUDM dengan aset yang diperlukan.

Menurut laporan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya enam buah AWACS untuk melengkapi aset pertahanan udara yang canggih. Malaysia memiliki pesawat canggih seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A-18D Hornets, Hawk dan F-5E Tiger dan sistem penangkis pesawat termasuk peluru berpandu. Namun demikian, ia tidak memadai tanpa AWACS.
Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Singapura memiliki AWACS, iaitu jenis Grumman E-2 Hawkeye sebanyak empat buah dan telah menempah pesawat G550 Phalcon dari Israel untuk mempertingkat kawalan dan sistem amaran awal dari udara. Walaupun sebuah negara pulau yang kecil, Singapura sedar akan kepentingan AWACS memandangkan negara itu adalah sebuah ekonomi yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan. Singapura ingin melihat laluan-laluan laut dan udara ke republik itu selamat dan bebas daripada sebarang ancaman. Oleh itu, pengawasan dari udara amat penting.

Apabila pesawat E-2 Hawkeye Singapura lepas landas dari pangkalannya di Paya Lebar,  sistem radarnya mampu meliputi kawasan luas sehingga ke Kuantan, Pahang, sesuatu yang tidak mampu diliputi oleh kebanyakan sistem radar daratan. Begitulah pentingnya AWACS untuk mengawasi ruang udara sesebuah negara.

Jiran kita di sebelah utara, Thailand juga telah memesan sekurang-kurangnya 10 AWACS jenis SAAB S-1000 Erieye manakala Indonesia juga berminat untuk memiliki AWACS.


AWACS adalah aset yang amat perlu dimiliki oleh Malaysia dan kerajaan seharusnya memperbetulkan keutamaan keperluan pertahanan dengan meluluskan permohonan TUDM untuk membeli AWACS sama ada yang bersaiz besar seperti E-2 Hawkeye ataupun sederhana seperti Saab S-1000 Erieye.  


Konsep pertahanan menyeluruh yang diamalkan oleh Malaysia semestinya menyeluruh dalam erti kata sebenar dan untuk menjadikannya kenyataan, maka TUDM semestinya memiliki pesawat AWACS.


Sumber : http://kudaranggi.blogspot.com/

Monday, July 11, 2011

Keluar komponen Typhoon di Malaysia

BAE Systems janji jika berjaya raih kontrak pembekalan pesawat tempur pelbagai guna

BAE Systems, syarikat pertahanan dan aeroangkasa global berpangkalan di United Kingdom berada selangkah di hadapan pesaingnya dalam perlumbaan mendapatkan kontrak bernilai berbilion ringgit dari kerajaan Malaysia bagi program penggantian pesawat tempur MiG-29N. 

Syarikat itu mendedahkan rancangannya mendirikan kemudahan pengeluaran komponen untuk pesawat tempur jenis Typhoon generasi baru di Malaysia jika berjaya meraih kontrak pembekalan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) berkenaan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulannya, Alan Garwood CBE, berkata model perniagaan bagi cadangan pembinaan kemudahan pengeluaran komponen untuk Typhoon itu sama seperti penubuhan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di Melaka sebelum ini yang meraih manfaat daripada pemindahan teknologi terbaik daripada BEA Systems, selain menjadikannya sebahagian daripada rantaian bekalan global untuk komponen terpilih kepada Airbus dan pesawat tempur jenis Hawk.



MODEL pesawat Typhoon generasi baru  dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

MODEL pesawat Typhoon generasi baru dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

 
“Hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom yang akrab terjalin sekian lama, menjadikan Malaysia rakan terdekat British, sekali gus memudahkan kami memindahkan teknologi terbaik,” katanya pada temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur minggu lalu. 

Pesawat tempur Typhoon generasi baru dibangunkan empat syarikat aeroangkasa utama dunia iaitu BAE Systems, EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol). 

Garwood berkata, Typhoon yang kini digunakan Tentera Udara di Raja British (RAF), tentera udara Jerman, Itali, Sepanyol, Austria dan Arab Saudi, terkenal dengan ketangkasan geraknya, keupayaan bertempur udara, serangan darat, selain dilengkapi empat peluru berpandu baru bagi kedua-dua jarak pendek dan sederhana. 
Beliau berkata, pesawat tempur itu menerima lebih 700 tempahan setakat ini, selain sudah melengkapkan 100,000 jam penerbangan. 

Keanjalan Typhoon memberikannya keupayaan melakukan sesuatu kempen dengan pantas dan tepat selain membolehkannya mengatur kedudukan bagi pelbagai operasi daripada kawalan udara, perkhidmatan sokongan dan pertempuran, katanya. 

Lobi daripada syarikat aeroangkasa antarabangsa bagi bersaing mendapatkan kontrak untuk program penggantian pesawat tempur MiG-29N TUDM mula dirasai. 

Syarikat aeroangkasa Perancis, Dassault Aviation, baru-baru dilaporkan akan membuka pejabatnya di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat, sekali gus mencadangkan kesungguhan syarikat itu menawarkan pesawat jenis Rafale untuk program MRCA TUDM. 

Antara pesaing terdekat BAE Systems yang lain ialah Boeing. 



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeluarkomponenTyphoondiMalaysia/Article
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...