Hari ni Rabu, hari ketiga belajar sebagai pelajar pasca-siswazah. Masih lagi tercari-cari hala tuju diri ini yang kian lemas dalam dilemma. Mana tidaknya, untuk berada di tahap ni, banyak pengorbanan yang telah dilakukan. Kalau dalam teori ekonomi orang panggil "Kos Lepas". hehehe tak nak lah sebut pasal ekonomi lagi. Mimpi ngeri saya tu. :D
Tadi baru je call mak tanya khabar dia.Baru je beberapa hari tak jumpa dah mula rindu. Sejak balik ke Penang Khamis minggu lepas, memang saya akan call mereka tiap-tiap hari. rindu tu satu hal, lagi satu, bila fikirkan balik pengorbanan mereka untuk kami tiga beradik. Masa terima surat tawaran ke sini dulu pun, fikir berkali-kali nak terima ke tidak. Bila sambung belajar ni, suasana dia berbeza, perbelanjaan pun tinggi. Banyak kali tanya pendapat diorang, dan diorang macam betul2 nak kan saya sambung lagi walaupun dalam hati ni kalau boleh nak kerja cepat-cepat. Tak nak dah susahkan diorang lagi sebenarnya. Pastu bila fikirkan balik pasal ni, mesti saya jadi sebak dan menangis sorang2. Yup, saya mengaku saya lelaki yang mudah menangis bila bersedih. Hati saya lembut dan mudah terasa. Y.Y
Apapun, sy doakan buat mereka agar di beri kesihatan yhang berpanjangan dan rezeki dilimpah-ruahkan oleh Allah SWT. Bila berjauhan dengan keluarga, hanya Dia sahaja tempat saya berharap dan meluahkan rasa hati. Moga2 semuanya selamat Insyaallah..
Sampai disini sahaja coretan kali ni. Jumpa lagi dilain masa.
Salam buat semua. =)
No comments:
Post a Comment