Sunday, September 9, 2012

New Post, New Life

Assalamualaikum semua.

Terima kasih sebab sudi menjenguk blog saya ni. lebih setahun rasanya dah x update blog ni. Maklumla, diri ini sibuk dengan macam2 hal. Entry kali ni special sikit sebab waktu ini bermulanya hidup baru sebagai pelajar baru di USM. hehe bunyi macam first year student sangat! XD

ehem! surat tawaran & buku panduan yg sampai lewat.

Ok la sebenarnya saya menyambung pengajian yang masih berbaki 2 tahun dalam bidang Perancangan Bandar kat sini. sebabnya? menimba sebanyak mungkin ilmu dalam menghadapi persaingan dalam alam perkerjaan yang sengit dan penuh dengan cabaran. Wahhh! Ayat xnak kalah kau! hahaha. erm apepun sebenarnya macam2 perasaan timbul bila menjejakkan kaki kat USM ni. tempat baru, cara baru, kawan2 baru, so memang ambil masa sikit nak sesuaikan diri tu. HIHIHI.

gambar ni diambil dari tingkat 10 Desasiswa Tekun. view waktu mcam ni mmg cantik! 


Tapi yang paling penting? sentiasa ingat pada family yang ada kat rumah di Bota Kanan tu, mungkin mereka meletakkan pengharapan yang lebih tinggi pada diri ini. So, waktu gila2 dan main2 macam zaman degree dulu mungkin xde dah lepas ni. Berubah untuk jadi lebih matang dan berjaya, InsyaAllah.. =)

Sampai sini sahajalah karya kali ini. Ada masa dan kesempatan saya menulis lagi. Banyak lagi nak dibincangkan ni. Heee~ Salam buat semua. :D

2 comments:

  1. Mcm pnah tgk ja buku panduan postgraduate tu.. Haha. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...