Showing posts with label gaming. Show all posts
Showing posts with label gaming. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Electronic Entertainment Expo (E3) 2011

Persidangan dan pameran Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di Los Angeles, sememangnya satu pameran yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat atau ‘kaki permainan’ dari seluruh dunia. Ketika itu, pengeluar peralatan permainan terkenal seperti Sony, Nintendo dan Microsoft serta pembangun permainan video seperti Electronic Arts (EA), Ubisoft, Sega dan lain-lain akan menjadi tumpuan.
               
Mereka akan menggunakan E3 sebagai wadah untuk mempamerkan teknologi permainan terkini serta tajuk-tajuk permainan baru untuk tatapan peminat. Walaupun Sony, Nintendo dan Microsoft tidak banyak membuat kejutan tahun ini tetapi kemeriahan tetap dirasakan oleh para peminat permainan, terutama dengan pelancaran banyak tajuk permainan video baru untuk dimainkan dipelantar Playstation, Nintendo dan Xbox.

NIN TENDO
                
Nintendo telah memperkenalkan alat kawalan permainan generasi baru yang dikenali sebagai Wii U (previu dalam entry akan datang ek?). alat yang mempunyai skrin sesentuh 6.2 inci (15.7 sentimeter) itu dijangka dilancarkan tahun depan.
               
Sebagai pengganti kepada Nintendo Wii, Wii U merupakan alat kawalan yang mempunyai pengesan pergerakan dan kamera yang menggabungkan pelbagai cirri-ciri seperti alat kawalan, televisyen, computer tablet dan konsol permainan.
                
Alat kawalan yang boleh digunakan dengan aksesori dan permainan Wii  sebelum ini itu berkomunikasi secara wayarles melalui system asasnya yang disambungkan ke televisyen.
               
Kamera pada alat tersebut boleh digunakan untuk pengguna melakukan sembang video (video call ) melalui televisyen. Alat kawalan ini juga dikatakan akan dihubungkan kepada Google (Google TV dan Android) dan Apple (Apple TV dan iPhone) yang akan membolehkan skrin di alat kawalan anda memaparkan imej sama seperti di televisyen.
               
Selain itu, Nintendo tidak juga melupakan alat permainan bergeraknya 3DS yang akan dilancarkan hujung bulan ini.



SONY
                
Sony sudah tentu tidak mahu mengalah. Pada E3 kali ini, syarikat itu mengumumkan rancangannya untuk melancarkan permainan mudah alih terbaru, Playstation Vita (PS Vita) bagi menggantikan Playstation Portable (PSP).


                
PS Vita yang dijangka dijual dengan harga permulaan sekitar RM750 pada penghujung tahun ini sudah tentu akan berentap dengan Nintendo 3DS dan iPod Touch dari Apple.
                
Alat permainan itu mempunyai teknologi terbaru yang dijangka menarik peminat permainan seperti mempunyai dua pad analog di kiri dan kanan skrin, kawalan pergerakan, skrin sesentuh lima inci dan bahagian belakang sensitive sentuh.
               
Ia juga dijangka dilengkapi dengan rangkaian ralian telefon mudah alih (dengan kerjasama AT&T), Wi-fi, imej tiga dimensi (3D) dan navigasi sistem penentu  global (GPS).
                
PS Vita merupakan produk terbesar keluaran Sony sejak pelancaran PlayStation 3 (PS3) lima tahun lalu. Selain itu, Sony juga mengumumkan syarikat itu akan mengeluarkan skrin monitor 24 inci 3D, kabel HDMI dan cermin mata khas yang digunakan bersama PS3 dengan harga kira-kira RM1,500.

MICROSOFT

Walaupun tidak banyak pengumuman produk baru dibuat, Microsoft tidak terkecuali mempamerkan teknologi da pergerakan terkini untuk Xbox 360 iaitu alat kawalan Kinect yang kini mempunyai cirri kawalan suara.


                
Dengan tambahan ‘add-on’, pengguna dapat melakukan pelbagai aksi ketika bermain dan pada masa yang sama boleh mengarahkan permainan itu berhenti sekejap (pause) dengan arahan suara.
                
Microsoft dilihat membangunkan konsol permainan Xbox 360 ke arah menjadi gajet serbaguna yang boleh digunakan sebagai pengganti perkhidmatan kabel tradisional apabila turut menghubungkan perkhidmatan YouTube, Bing, Netflix dan Hulu Plus bagi perkhidmatan dalam taliannya.
               
Selain itu, pengumuman terbesar Microsoft ialah mengenai permainan Halo 4 yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminatnya.              
              
  Bagaimana pula dengan penerbit permainan di E3? EA telah memperkenalkan 10 tajuk permainan terbarunya, iaitu Mass Effect 3, Star Wars: The Old Republic, SSX, FIFA, Madden, Need for Speed : The Run, The Sims : Social, Kingdom of Amalur : Reckoning, Battlefield 3 dan OverStrike.


               
Selain itu, Ubisoft juga memperkenalkan permainan terbaru mereka yang menarik seperti Rayman Origins, Farcry 3, Driver: San Francisco dan Brother in Arms : Furious 4 yang dibangunkan oleh Gearbox.
            
  Terdapat juga permainan TinTin oleh Steven Spielberg dan Peter Jackson (video) dan permainan Trackmania baru serta Just Dance 3 dan Yourshape : Fitness Evolved.
               
Kesimpulannya, walaupun tanpa alat permainan seperti Sony, Nintendo dan Microsoft tetapi Ubisoft dan EA yang menjadi perhatian ramai di E3 kali ini.

Sumber :
Mingguan Malaysia
12/6/2011 

Sunday, June 19, 2011

Consumer Electronic Show 2011

TEMPOH 12 bulan adalah masa yang cukup singkat di dalam dunia sains dan teknologi. Tahun 2010 menyajikan pelbagai inovasi dan rekaan bahkan sebahagiannya cukup hebat hingga mencetuskan fanatik dan trend.
Sebelum menyambut ketibaan lebih banyak produk-produk baru pada 2011, mungkin masih belum terlewat untuk kita mengimbau kelengkapan dan peralatan terbaik yang diperkenalkan sepanjang tahun lalu.
Apple dengan pelancaran iPad dan iPhone 4 tampil sebagai jenama terunggul melalui keunikan produk dan strategi penjenamaan yang diiktiraf terbaik di dunia.

Namun, iPad bukanlah satu-satunya yang menjadi highlight di antara gajet-gajet berteknologi sepanjang tahun.
Pengenalan TV 3D, telefon pintar, tablet komputer dan hibrid, kamera serta permainan video antara yang turut membuat kejutan.Berikut beberapa kelengkapan idaman yang mencuri tumpuan pengguna di seluruh dunia pada tahun ini sebelum menyaksikan sesuatu yang lebih hebat pada 2011.

Televisyen Samsung Siri 9000

GERGASI elektronik Korea, Samsung pada Januari 2010 menggemparkan dunia paparan digital dengan pengenalan televisyen (TV) 3D berdefinisi tinggi iaitu Samsung Siri 9000.

Bukan sekadar TV3D paling canggih di dunia, TV setebal 9.8 milimeter ini turut mendahului rekaan inovatif sebagai TV LED paling nipis di pasaran pada masa kini. Tanpa pertikaian pada kualiti warna dan resolusi, TV pintar ini menyampaikan kualiti video terbaik pada paparan 2D dan 3D.

Didatangkan dengan pilihan skrin berukuran 19 hingga 55 inci, keindahan paparan video yang disaksikan melalui cermin mata 3D aktif menawarkan pengalaman yang sama seperti di pawagam.

Siri 9000 dipadankan dengan unit kawalan jauh berskrin kecil. Selain untuk kegunaan kawalan TV, skrin sesentuh LCD kecil pada alat kawalan itu turut memaparkan tayangan bagi membolehkan pengguna menonton di mana-mana sudut di dalam rumah. Bahkan ia (alat kawalan) membolehkan anda menonton perlawanan penting ketika pasangan anda sibuk menonton drama kegemarannya.

Aplikasi pada TV3D mewah ini juga menghubungkan pengguna dengan kandungan digital kegemaran di Internet seperti video, sukan, permainan video, laman sosial dan banyak lagi.



Microsoft Kinect

UNTUK kepuasan dan pengalaman maksimum permainan video, Microsoft pada November lalu memperkenalkan alat tambahan kepada peranti permainan video Xbox 360 yang dinamakan Kinect.

Kinect memberi kebebasan baru di dalam permainan video dengan teknologi pengawalan 3D tanpa perlu menyentuh butang-butang pada alat kawalan sedia ada.

Dengan alat yang mirip seperti kamera web pada komputer itu, pengguna Xbox kini dapat menentukan pergerakan di dalam permainan video dengan melakukan pergerakan sebenar.

Selain interaksi melalui pergerakan tubuh pemain, Kinect juga berupaya ‘menangkap’ suara melalui fonmikro yang kemudiannya ditafsirkan sebagai arahan, sekaligus menjadikan permainan lebih realistik.

Pancaran infra merah dan imbasan kamera pada sudut 360 darjah berupaya mengesan sehingga 48 titik pergerakan pada badan pemain termasuk untuk permainan dua orang secara serentak.

Bukan itu sahaja, gajet hebat ini juga mempunyai memori untuk mengecam pelbagai bentuk muka pemain bagi membolehkan pemain memilih profil sendiri tanpa perlu memasukkan nama.



iPhone 4

TELEFON pintar generasi keempat yang dibangunkan Apple ini mengungguli carta gajet paling popular selepas pelancarannya pada Jun 2010.

Ia menjadi produk yang paling kerap diintai melalui enjin carian Google dan menduduki tangga ke lima barang paling banyak dibeli melalui eBay.

Dengan rekod jualan sebanyak 1.7 juta unit yang dicatat selepas hari ketiga, iPhones 4 menjadi kegilaan ramai sama ada untuk tujuan multimedia atau perniagaan.

Pembaharuan yang dipertingkatkan pada model ini termasuk kualiti panggilan suara, resolusi skrin, sokongan ribuan aplikasi yang boleh dimuat turun bahkan semakin lancar untuk kepelbagaian tugas (multitasking).

Meskipun dilanda kontroversi rekaan antenanya, iPhone 4 menjuarai liga telefon pintar 2010 dengan saingan hebat daripada Samsung Galaxy.



Samsung Blu-Ray BD-C7900

TAHUN 2010 merupakan permulaan penting bagi televisyen definisi tinggi (TVHD) khususnya dengan pengenalan pelbagai jenama TV 3D. Samsung sebagai peneraju sistem tayangan rumah menang mudah dengan pertaruhan BD-C7900.

Pemain cakera Blu-Ray yang dilengkapi teknologi Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio itu menawarkan pengalaman audio dan video terbaik pada paparan 2D dan 3D. Ia mampu diperhebatkan lagi dengan penyambungan pada TV 3D yang memberikan pengalaman cinematik 3D seperti di pawagam.

Bonus pada BD-C7900 berbeza dengan model terdahulu adalah dua liang penyambungan HDMI yang mana satu daripada boleh dikhaskan untuk sambungan TV 3D manakala satu lagi untuk signal audio pada alat penerima semasa.
Selain keupayaan multimedia dan Internet, model teratas di antara barisan pemain cakera ini mampu memainkan pelbagai format seperti DVD, CD audio, AVCHD, Divx HD, WMA, MP3 and JPEG.

BD-C7900 memanfaatkan rekaan minimal dengan badan nipis, ringan dan tingkap telus cahaya yang menampakkan pusingan cakera ketika beroperasi. Penampilan gaya moden diserlahkan lagi dengan butang yang diterangi dengan penataan cahaya biru.



Lenovo IdeaPad U1

WALAUPUN masih di peringkat pembangunan, kehebatan komputer riba terbaru keluaran Lenovo yang diperkenalkan pada Januari 2010 mencuri banyak tumpuan penggemar kelengkapan IT di seluruh dunia.

IdeaPad U1 muncul sebagai komputer riba hibrid pertama di dunia yang menawarkan dua komputer di dalam satu produk iaitu sebuah komputer riba dan sebuah komputer tablet.

Dipisahkan melalui penyelarasan pada bahagian skrin, kedua-duanya yang menggunakan kuasa pemproses dan sistem operasi (OS) berasingan itu mampu beroperasi secara bersendiri.

Dengan rekaan itu, pengguna IdeaPad U1 menikmati kelebihan penggunaan sebuah komputer peribadi dengan kebolehan menukarkannya menjadi komputer tablet pada bila-bila masa, bersesuaian dengan gaya hidup moden lagi santai.

IdeaPad U1 beroperasi dengan pemproses Intel Core 2 Duo SU 4100 (Windows 7) pada cengkerang utama dengan skrin seluas 11.6 inci. Apabila ditanggalkan, tablet skrin sesentuh itu beroperasi dengan pemprosesan ARM dengan sistem operasi Skylight.

iPad

DENGAN sokongan aplikasi berjumlah kira-kira 150,000 yang boleh dimuat turun dari App Store Apple, iPad adalah dimensi baru komputer riba yang lebih menyeronokkan.

Komputer tablet bersaiz dua tapak tangan dengan skrin seluas 54.6 sentimeter ini adalah alat multimedia skrin sesentuh yang direka untuk kepuasan melayari Internet, memeriksa e-mel, permainan video, audio dan video.
Selepas pelancaran pada Januari 2010, Apple menjual lebih daripada 300,000 iPad di Amerika Syarikat pada hari pertama ia dipasarkan, angka yang besar meskipun tidak dapat mengatasi jualan iPhone 4.

Selain itu, persediaan dan ketaksuban pengguna pada tablet itu juga dapat dilihat melalui rekod muat turun satu juta aplikasi di App Store Apple pada hari pertama.

Di China, pelancaran iPad mencetuskan fenomena apabila ribuan peminat terpaksa bermalam di dalam khemah dan berebut-rebut untuk mendapatkan iPad pada hari pertama produk itu memasuki pasaran.
Selain kecanggihan pelayaran dan aplikasi, iPad memulakan trend pembacaan buku elektronik atau e-book yang boleh dibeli dan dimuat turun dari e-Bookstore Apple.



7-Canon 60D

PENGELUAR peranti pengimejan terkemuka, Canon mencetuskan revolusi fotografi melalui pengenalan DSLR pertamanya yang dilengkapi dengan skrin boleh laras pelbagai sudut (vari-angle).

Teknologi terbaru yang dihibrid daripada kamera kompak itu menjadikan Canon 60D jentera yang cukup berkuasa untuk menghasilkan rakaman berkualiti. Kelebihan skrin boleh lipat itu bukan sahaja menyerlahkan kreativiti pada rakaman imej pegun, bahkan terbaik untuk mendapatkan rakaman video pada sudut-sudut sukar.

Dengan penderiaan CMOS 18 mega piksel, Canon 60D mampu menghasilkan rakaman video definisi tinggi (HD) dengan rakaman 24 bingkai sesaat. Format video tersedia dalam beberapa pilihan iaitu HD penuh (1920 x 1080), HD tersedia (1280 x 720), dan format televisyen biasa (640 x 480).

Selain keupayaan rakaman lima bingkai imej pegun sesaat, Canon 60D menyokong kapasiti ISO sehingga 12,800 yang memudahkan rakaman dalam keadaan kurang cahaya.

Selain itu, pemilik juga menikmati aplikasi kesan khas seperti kamera mainan, pemfokusan lembut serta kesan miniatur, rakam dan simpan dalam format JPEG dan juga RAW.

DSLR yang memiliki kehebatan dwifungsi ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahu mendapatkan rakaman dengan kualiti profesional.



Call of Duty

PERMAINAN video peperangan keluaran Activision, Call of Duty (Black Ops) merekodkan jualan melebihi RM3.5 bilion di seluruh dunia dalam masa 42 hari selepas pelancarannya pada November lalu.

Rekod jualan yang dicatat oleh permainan video edisi ketujuh itu sekaligus mengatasi rekod yang pernah dicapai oleh mana-mana rekod box-office pawagam.

Di Cuba, Black Ops yang dibangunkan daripada enjin permainan video Quake baru-baru ini mencetuskan kontroversi berikutan plot cerita yang memerlukan pemain membunuh Presiden Fidel Castro. Call of Duty kini dimainkan pada peranti komputer, Xbox 360, PlayStation 3 dan Nintendo.

Sementara itu, fakta daripada Activision menyebut, hiburan interaktif itu sehingg kini sudah mencatat 600 juta jam masa permainan yang bersamaan dengan 68,000 tahun.

Bahkan jika semua pemain atas talian dikumpul serentak, ia cukup untuk memenuhkan 83 buah stadium terbesar di dunia.


Sunday, June 12, 2011

Playstation Vita Dari Sony, PSP Terbaru?

Baru-baru ini Sony membuat pengunguman tentang generasi PSP baru, Playstation Vita pada pameran E3 2011 di Los Angeles Convention Centre. Apakah kelebihan tentang model baru ini?




Pameran E3 adalah salah satu pameran yang dinantikan oleh pengunjung yang berminat tentang permainan video dan juga tidak ketinggalan adalah pembina empayar permainan video itu sendiri. Pada pameran inilah mereka akan mengambil kesempatan untuk mendedahkan atau memperkenalkan produk atau program baru mereka.
Sony Entertainment adalah salah satu syarikat yang memperkenalkan produk baru. Antaranya adalah Playstation Vita.
Vita bermakna “kehidupan” dalam bahasa Latin adalah sebuah produk baru dari Sony yang pasti ia menggantikan PSP Go.


Apakah kelebihan PS Vita ini?
Apa yang kami dapati adalah model baru ini mempunyai sokongan aplikasi sosial bernama Near dimana ia mempunyai 3G dan Wifi. Dengan screen OLED bersaiz 5 inci, Sony meletakkan harga PS Vita USD $249 tanpa 3G dan USD $299 dengan sokongan 3G.

Sumber:
http://hub41.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...