Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

5 Kisah Facebook : Tak normal kalau bukan Malaysia

Assalamualaikum,

hehe, sy nak kongsi pendapat yang agak kurang matang atau kurang serius atau kurang apa apa lah. Semenjak Facebook ni menjadi satu lagi dunia baru selain realiti, sampai ke atuk nenek makcik dato' menteri sekalian pun ada facebook, apakan lagi anak-anak muda ni kan, ramai pastinya ada facebook walaupun info mengatakan Facebook kini mempunyai lebih kurang 500 juta 'kawan'.

Apa pun, ini sy nak kongsi pada pendapat sy, fenomena yang sering berlaku dekat Malaysia, yang dah biasa dengan kehidupan dengan facebook. hee

1- Waktu Malam waktu yang paling ramai online

Ekk, apa benda yang pelik sangat waktu malam waktu orang yang paling ramai online. Ini mesti sebab orang yang bekerja balik rumah nak rehatkan kepala otak dari stress atau para pelajar yang bingung dengan assignment dengan homework nak rilek buang masa carik facebook bertanya ngan kawan kot kot dorang dah siap kerja. hehh,


2- Dialog movie terbaru yang panas di agungkan


Haha, ini lagi satu. sebelum ni, yang paling awal sekali trend ni naik waktu filem baru dulu yang Hantu Kak Limah Balik kampung. Habis, semua orang berlumba-lumba nak cipta kumpulan untuk menarik sebanyak mana yang mampu untuk like group dorang. Nama group tu pulak dorang cipta menggunakan dialog yang kelakar atau tak pernah dengar atau yang terbaik, yang buat orang geli hati dengar yang best yang segala? haha. Contoh nya kalau cerita Hantu Kak Limah ni, macam page kite bakor jer~ , Nampak beno nipunyew, soley soley~. Yang terbaru, keluar filem yang di jangka atau memang dah pecah panggung iaitu cerita KL Gengster.

Sy sendiri dah tengok 2 kali wayang ni, ini semua gara-gara ayat dia yang kelakar then movie dia best. Cerita mudah, ringkas. memang terbaik. antara ayat dorang ni pulak, meme laa~ , abang besar sudah keluar wa ingat lu sudah mampus  , lawan wa bukan dua orang tapi dua lori dan banyak lagi la group group ni. Sy sendiri duk terkejar jugak cipta page page ni, saja buat suka suka,


3- Birthday wishes di lupakan


Ini pun satu, bila kita dah ada belambak gila friends ni, asal nampak je notifi hari ni ada birthday friend, click kat tulisan biru nama kawan tu, wish la besday dia, 'happy birthday' 'happy besday' 'selamat hari jadi' kadang kadang , paling malas gila orang tu taip 'HB' ahahhha ! bapak laa, budaya taip message guna handphone pun boleh masuk sini ke. -.- entah entah dia tengah guna phone kot, okay think positif. ;D


Tapi cuba bayangkan pulak, yang sebenarnya tarikh birthday tu sebenarnya salah, lepas tu kita wish, memang si penipu tu tergelakkan si pengwishes tu pasal ingat betul itu besday dia. Lagi satu, kalau si penipu tu memang sengaja tipukan tarikh lepas tu ramai yang wish, lagi lagi antara yang wish tu kawan-kawan dia, memang sengaja bongok jugak dia nak carik masalah dengan kawan. Lepas tu nak kata kawan tu lupa tarikh birthday dia la, nak touching sana sini. Eh buang masa lu tau mau ingat lu punya birthday. berapa tarikh lahir Rasulullah kalau macam tu? okay saya ingat, 12 Rabiulawal. kan ? yeke ? -.- hari isnin. yeee~


Kadang tu pulak, bila kena time birthday dia, dia sengaja hide dia punya birthday dengan tujuan tak nak kawan-kawan tau, lepas tu nak tengok siapa yang ingat birthday dia. itu pun perangai jugak budak yang buat ni. Lepas tu nak carik salah kawan-kawan, apa masalah biar je duk display kat situ. Senang orang nak tahu. Ehem, sebenarnya nabel pun buat macam tu. Dengan tujuan, tak nak orang buat semak kat wall. haha


4- Tempat untuk berbisnes


Macam-macam yang guna facebook sebagai tempat untuk dorang kembangkan bisnes. Sy rasa semua company buat benda yang sama. Facebook dah jadi fenomena yang gila luar biasa, sampai kat tv pun iklan masukkan link facebook kalau sesapa nak tahu lebih lanjut. Facebook jugak dapat name. Antara bisnes yang kita selalu perasan mesti, photography, bisnes MLM, log in dapat Rm100 (rasa nak tumbuk siapa yang cipta ni. haha nyemak gila tag gambar kat orang), bisnes jual baju, jual tudung, bisnes pengklanan dan lain lain lah.


5- couple , single , marriage, engaged,

What the heck, kadang kadang dengan benda ni boleh timbul pelbagai fitnah halus, fitnah kering. dan dan ada kawan kita tukar relationship, dah mula la ada orang kata dia dengan si polan ini, dia dah itu itu dengan si ni, itu ini itu ini. Mula tersebar cerita segala bagai. Memang tujuan dia, di buat untuk itu pun status ni. Nak kasi rumors spread gila cepat sampai semua orang boleh tahu hal semasa. So bila dah di ketahui, mula la nak bergossip. Hebat sungguh. haha  Entah la apa yang bagusnya tentang ini. Sy rasa, orang yang suka tukar relationship dekat sini semata-mata nak tunjuk dia ni hotsetap kot. haha okay lepas ni nak tukar , inrelationship with Siti Salehahahahahaahahhaaha.. ok bye.

Monday, June 27, 2011

Kerana Manisnya Manggis~




Buah Manggis. -ihsan google-

Semalam dan pagi tadi, mama suruh aku gi panjat pokok manggis. Klo di ikotkan, sudah 2 tahun lebih aku x panjat pokok termasuk la pokok manggis ni. Skill untuk memeluk dan memanjat batang pokok agak menjengkel kan ..mula2 mmg gayat sikit. Buah ujung2 mmg aku tak ambil la.. capai yang mana sampai je.. Pokok manggis adalah antara pokok yang mudah untuk di panjat. Tak caye, cuba try.



Buah manggis sedap dan manis. Aku pasti, sume penah makan buah berkulit hitam ni. Hitam bukan sebarang hitam, luarannya hitam, tetapi di dalamnya sangat putih. Buah manggis ini agak manja. mudah untuk di petik. Pegang je dan tercabut buah dari tangkalnya. Perlu di ingat, buah ini juga tak boleh jatuh dari tempat tinggi kerana buah akan menjadi keras.

Buah manggis paling sedap di makan ketika di atas pokok. Siyes tak tipu. Petik je buah yang masak, then makan. Rasanya sangat syahdu dan mengasyikkan. Kulit manggis yang korang makan tadi, campak je kat bawah. Terasa sangat2 puas... *bagi aku ler...

Khasiat buah manggis seperti berikut :


1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.

2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.

3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.

4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.

5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.


6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.

7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.



8. SembelitGetahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!

9. GOUT ?
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
  • Ambil buah manggis
  • Kupas
  • Isi dia enak di makan
  • Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
  • Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
  • Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
  • Selamat Mencuba. Insyaallah!…
10. Penyakit kencing manis :
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..Petua.. yang baik…
  • Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
  • Basuh bersih2 daun manggis
  • Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh)
  • Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
  • Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Kredit towww.manggis.biz
Esok, kene mesin rumput dalam dusun durian pulak. Safety first  ! so kene la pakai helmet ketika aktiviti pembersihan. Sapa nk ikot aku p dusun durian... ala kat bote je...

"the ones that love us, never really leave us "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...