Friday, July 2, 2010

Burj Khalifa bangunan tertinggi di dunia



Dirasmikan pada 4 Januari 2010, bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa / Burj Dubai, berharga AS$20 bilion (RM64.8 bilion), merupakan projek berprestij di bina di tengah-tengah kawasan pembangunan seluas 500 hektar di Downtown Burj Dubai.

Ia berketinggian 828 meter (2717 kaki), 200 tingkat. Ia melebihi ketinggian bangunan tertinggi yang sebelumnya Taiwan Taipei 101, dengan melebihi sebanyak 300 meter (1000 kaki).Pembinaan Burj Khalifa yang bermakna 'Menara Khalifa' telah dimulakan pada 2004 dan bakal menjadi mercu tanda terbaru dunia.

Ia dijangka menerima 30 juta pelawat untuk mengunjungi bakal pencakar langit tertinggi dunia yang terletak di Jalan Sheikh Zayed berhampiran Jalan Doha.

Burj Khalifa dibina mengatasi bangunan Taipei 101 di Taiwan yang mempunyai ketinggian 508 meter (1,667 kaki) selepas memecah merekod bangunan paling tinggi di dunia daripada Menara Berkembar Petronas pada 2003.

Sementara, Menara Berkembar Petronas memegang gelaran itu sejak tahun 1998 selepas mengalahkan Sears Tower di Amerika Syarikat (AS). Sebelum itu gelaran itu disandang oleh Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York yang menggantikan Empire State Building.

Menara Berkembar Petronas yang merupakan menara berkembar di kalangan bangunan pencakar-pencakar langit mencapai kedudukan bangunan tertinggi hasil ilham daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Rekaan bangunan Burj Khalifa direka oleh firma arkitek terkenal Adrian Smith dari Skidmore, Owings dan Merrill dari Chicago. Firma ini yang juga mereka bentuk Sear Tower di Chicago dan Freedom Tower di New York.

Burj Khalifa direka dengan keindahan seni bina berasaskan Islam membentuk tiga tapak menyerupai abstrak bunga padang pasir.Dalam Bahasa Melayu bunga ni dipanggil... ape ntah.




Bangunan ini membentuk beberapa ukiran Islam dengan pelan lantai yang berbentuk 'Y' menghadap Teluk Parsi.Ia juga direka dengan rekaan berbentuk kubah bawang iaitu senibina utama Islam

Sewaktu perasmian



Thanks kat blog pujaz yg bagi aku idea nak wat mende ni..

Lagi satu sume ayat ngan gambar kat atas ni aku copy n paste je dari wiki (http://en.wikipedia.org/wiki/Burj_Khalifa)

Malas nk pikir ayat.. hahahaha

Sebut ramai2.. TERIMA KASIH WIKI!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...