Sunday, July 11, 2010
Mesti Berani Mencuba Untuk Berjaya
Kalau ditanya adakah anda ingin menjadi jutawan? Rasanya tidak ada yang menolakkan. Pernahkah anda terfikir yang kebanyakkan jutawan bermula dari keluarga yang susah? Tidak semua daripada mereka yang berjaya di dalam pelajaran. Anda hendak tahu mengapa? Sebab mereka mempunyai matlamat yang tetap! Berusaha sampai berjaya tanpa mengenal erti putus asa.
Berkenaan senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pula dengan tempat kedua dan seterusnya, lihatlah rangking ni…
1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! Mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tidak semestinya kena skor semua A dalam exam. Tetapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! Seperti kata pepatah arab, “Barangsiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya. Barangsiapa yang bercucuk tanam maka dia akan dapat menuai hasilnya.”
Persoalannya kenapa di Malaysia begitu ramai graduan-graduan lepasan Universiti masih ramai yang menganggur? Jangan hanya mengharapkan kerja sepertimana bidang yang kita ambik semasa di Universiti. Banyak lagi kerja lain yang kosong sedia menanti anda. Bak kata warga Indonesia di dalam satu temubual, sesungguhnya Malaysia ini merupakan lubuk emas. Sebab itu ramai warga Indonesia yang berduyun-duyun mahu masuk bekerja di Malaysia. Hanya orang-orang Malaysia saja yang tak nampak peluang ini. Jadi fokus kita di sini ialah matlamat yang tetap untuk berjaya. Buatlah apa kerja sekalipun, jika anda fokus dan berusaha bersungguh-sungguh, dan bertawakal insya-ALLAH akan dikabulkan. Hendak berjaya bukannya bergantung pada sekeping Sijil!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment