Showing posts with label war. Show all posts
Showing posts with label war. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Pencerobohan RSAF ke ruang udara Malaysia sensitif

RAKYAT Malaysia boleh dimaafkan jika timbul persepsi bahawa mereka tidak begitu mengambil endah mengenai berita pencerobohan ruang udara negara oleh tentera asing kerana pada dasarnya perkara itu jarang sekali berlaku.

Malah di kawasan tuntutan bertindih seperti Kepulauan Spratly dan kawasan perairan sebelah timur Sabah dalam Lembah Tarakan iaitu ND6 dan ND7, walaupun dianggap kawasan panas, isu pencerobohan jarang sekali kedengaran.

Tetapi agak memeranjatkan apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura (RSAF) dikesan menceroboh ruang udara negara sejak 2008. Sudah acap kali rupanya kedaulatan negara diceroboh dan paling menyedihkan setiap kali ia berlaku secara berkala dan sistematik.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pencerobohan jet pejuang RSAF ini berlaku kerana ruang udara republik itu begitu sempit yang menyebabkan jet tersebut terpaksa memasuki ruang udara Malaysia tetapi isunya adalah Kuala Lumpur tidak pernah memberi kebenaran untuk membolehkan jet RSAF memasuki ruang udara negara.

Tambahan pula, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura dianggap paling menarik dan istimewa kerana mempunyai ciri-ciri unik yang penuh dengan cabaran dan pantang larangnya tersendiri. Malah hubungan Malaysia dengan jiran terdekat lain seperti Thailand, Brunei, Filipina dan Indonesia tidak boleh diletakkan dalam kelas yang sama dengan Singapura.

Sebab itu, isu pencerobohan ruang udara oleh jet RSAF walaupun dianggap remeh oleh Singapura tetapi sebaliknya pula pada tanggapan rakyat Malaysia. Kali terakhir berita mengenai pencerobohan ruang udara berlaku pada Mac 2006 apabila pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dipercayai milik RSAF didapati menceroboh ruang udara negara di Gelang Patah, Johor.

Peristiwa yang dianggap remeh menjadi panas apabila dihebahkan UAV Singapura tersebut menggunakan teknologi pengintipan Israel dan UAV dari jenis yang sama banyak digunakan oleh rejim tersebut untuk memantau pergerakan penduduk Palestin sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat.

Tidak diketahui apakah motif sebenar pencerobohan di Gelang Patah tetapi daripada gaya penerbangan yang dilakukan berdekatan dengan sempadan Malaysia dan ditambah pula deruman bunyi bising, ia seolah-olah ingin menghebahkan kepada rakyat Malaysia akan kehadiran UAV pengintipan Singapura. Sukar untuk menafikan bahawa pencerobohan tersebut dilakukan dengan sengaja.

Sama juga dengan pencerobohan berkala oleh jet pejuang RSAF, persepsi rakyat Malaysia adalah ia sengaja dilakukan dan alasan ruang udara yang sempit hanyalah alasan yang diada-adakan untuk menutup niat sebenar tersirat.

Perlu diungkitkan bahawa Malaysia dan Singapura sebelum ini mempunyai perjanjian penggunaan ruang udara yang antara lain membenarkan jet pejuang RSAF yang berpangkalan di Paya Lebar menggunakan ruang udara Johor Selatan.

Perjanjian ini juga membenarkan jet pejuang RSAF yang berlepas dari Pangkalan Udara Tengah menggunakan ruang udara Johor. Ini adalah kerana reka bentuk landasan pangkalan itu membuatkan sukar bagi juruterbang jet RSAF yang baru berlepas untuk mengelak dari memasuki ruang udara Malaysia.

Tetapi apa yang lebih penting adalah perjanjian ini juga membenarkan jet pejuang RSAF menjalankan latihan dalam kawasan penerbangan rendah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Soal pencerobohan kedaulatan timbul apabila terdapat beberapa ketika jet pejuang RSAF mengambil kesempatan daripada perjanjian ini untuk melakukan penerbangan di luar kawasan yang telah ditetapkan.

Untuk menghindar ruang udara diceroboh sesuka hati, maka perjanjian itu ditamatkan pada 18 September 1998. Perjanjian tersebut hampir dihidupkan kembali pada 2004 apabila Perdana Menteri kita pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong membincangkan mengenai isu- isu tertunggak di antara kedua-dua negara pada 13 Disember 2004. Tetapi oleh kerana mendapat bantahan rakyat Malaysia, hasrat untuk membenarkan penggunaan ruang udara kepada RSAF terpaksa dilupakan.

Peruntukan pertahanan RSAF adalah dianggap paling mewah jika hendak dibandingkan dengan organisasi angkatan tentera negara lain yang bukan sahaja membolehkan mereka memperolehi kelengkapan terbaik, malah mampu mendapatkan latihan yang terbaik dan ini termasuklah mendapatkan kemudahan ruang udara untuk tujuan latihan juruterbang mereka.
Singapura juga mempunyai berbagai kerjasama latihan dengan beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan Thailand. Latihan ketenteraan seperti Stardex dan Pitch Black yang dilaksanakan bersama-sama dengan AS dan Australia sudah melebihi daripada mencukupi apa yang diperlukan oleh juruterbang RSAF.
Malah juruterbang RSAF mempunyai latihan penerbangan yang terbaik kerana rata-rata juruterbang mereka membuat penerbangan sekitar 180 hingga 200 jam setiap tahun iaitu satu jangka masa penerbangan melebihi dari apa yang diperlukan.

Hakikatnya adalah Malaysia tidak perlu memberi kelonggaran penggunaan ruang udara negara kepada Singapura kerana RSAF telah mempunyai segala-galanya. Sikap sebegini tidak boleh dianggap sebagai satu penganiayaan atau tidak mahu bertolak ansur kerana Singapura mempunyai alternatif yang lebih baik.

Begitu juga dengan Singapura adalah tidak adil untuk menggunakan Malaysia hanya untuk kepentingan diri sendiri. Dengan peruntukan yang besar dan kepakaran sedia ada, Singapura sudah pasti dapat menyelesaikan masalah penggunaan ruang udara tanpa bergantung kepada Malaysia.

Menarik juga apabila Ahmad Zahid berkata, Malaysia tidak ‘berhajat’ untuk menimbulkan masalah dengan Singapura dan berharap negara jiran itu tiada agenda melakukan sebarang provokasi. “Kita merasakan negara terbaik adalah negara yang tidak menyebabkan jirannya menaruh prasangka. Kalau memaku dinding, perlu diingat, rumah sebelah turut mendengar bunyi bising? sindir beliau.

Azmi Hassan

Sunday, June 19, 2011

Pulau Spratly yang menjadi rebutan 5 negara serantau.

Kepulauan Spratly yang terdiri daripad 100 buah pulau kecil atau terumbu terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei. Kepulauan ini menjadi punca sengketa terbaru antara negara-negara berdekatan. Pulau ini dikatakan berada di atas pentas benua yang mengandungi petroleum dan gas asli.
Lokasi : Laut China Selatan
Koordinat : 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT.
Luas lautan : 244.700 km persegi
Luas daratan : 3 km persegi
Jumlah pulau : 230 

Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi (Menteri Pertahanan Malaysia) berkata , beberapa cadangan seperti mengadakan pertemuan dua hala, pemantauan bersama & dialog pelbagai hala bagi mencari kata sepakat antara negara telah dicadangkan bagi meleraikan serta menyelesaikan perebutan ini. 

China telah dilihat menggunakan kapal peronda terbesar dalam angkatan tenteranya untuk mengawasi perairan berdekatan kepulauan tersebut. Tindakan itu diambil ekoran pertelingkahan antara China & Filipina. Malaysia bagaimanapun telah membina kubu pertahanan di tiga kawasan iaitu Terumbu Layang-Layang, Terumbu Ubi & Terumbu Mantanani. 

*Pulau Layang-layang menempatkan mini lapangan terbang, markas tentera & scuba diving*

Malaysia bagaimanapun mahu mengelakkan penggunaan kekuatan kententeran sebagai jalan penyelesaian. Anngota tentera laut Malaysia tetap diletakkan di kawasan Pulau Spratly sebagai langkah berjaga-jaga. 

Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar. Selain strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya kepada negara yang memilikinya. Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar di dunia. Macam mana agaknya isu perebutan tuntutan hak ini akan selesai ye? Kalau ikutkan gambaran peta ni kawasan tersebut lebih hampir dengan Brunei , Malaysia & Filipina. Banyak tindakan yang telah diambil China dalam mendapatkan Pulau Spratly. 

Jangan jadi macam isu Batu Putih sudah. Malaysia cuma dapat Middle Rock walaupun lokasi Pulau Batu Putih sejengkal je dari Malaysia. Singapura telah berjaya mengemukan dokumen dokumen yang mengesahkan pulau tersebut milik mereka.

Isu Pulau Pisang yang belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.


Malaysia? Singapura? Ikut rasional negara mana yang patut / layak / berhak dapat Pulau ni??

Friday, June 17, 2011

MAMPUKAH TUDM HADAPI ANCAMAN UDARA

KITA BUKAN NEGARA YANG TERKUAT, TENTERA UDARA KITA KECIL, TETAPI KITA MENGEMBLENG SETIAP SUMBER KITA DARI TENAGA INSANI SEHINGGALAH KELEBIHAN ALAM KITA

1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri
dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah F-5E Tiger.

                                                      ni gambar dari kotak model je ni. =)


3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit
perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).

6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.

9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.

11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.

12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.

                                                                              F-16

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.


17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.



18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.

20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.


                     
22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

KEUPAYAAN PESAWAT

24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara dari sudut 1 versus 1 pesawat.

25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga pesawat lawannya.

26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri.

27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).

28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16 Singapura dan yang terkini, F-15G.

29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar, memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.

30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan impak yang besar.

31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.

32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan dua).

33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi pertempuran udara atau maritim.

34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya 10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im wrong).

PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA JURUTERBANG

35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam dengan menggunakan skil juruterbang tetapi
memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di Beka Valley.

36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat terbang dan sifar pada pihak Israel

37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew mempersiapkan pesawat.

38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30 malahan sejak dari awal 90an lagi,
F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)

39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.

40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara tiba-tiba.

41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.

42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang diterbangkan mereka

43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.

44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.

                                         Panggil wonderpets tolong pakai bot terbang sudeyhh~
45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak mahulah mereka terhempas akibat tekanan G
yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura mampu menahan sehingga 9G.

46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan TNI-AU.

PRE EMPTIVE STRIKE

47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).

48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan, minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket Astros milik ATM, bagaimana?

49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira, jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue (CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).

50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.

51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan keperluan pertahanan negara ini

52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D

                                                           Pesawat terbaru TUDM?
53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011 hingga 2015).

54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400 pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16 dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40 pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat penyerang/pengebom (attack/strike).

55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).


Sumber:
http://militaryofmalaysia.net/

Tuesday, June 14, 2011

Bertindak Sebelum Terlambat

  1. Bekas perdana menteri Singapura,Lee Kuan Yew memberi kenyataan bahawa mengapa negara sekangkang kera itu mempunyai pertahanan yang begitu kuat..Kuan Yew merujuk kepada Malaysia dan Indonesia yang dianggap satu ancaman jika pertahanan Singapura tidak diperkuatkan..

  1. Negara didikan Yahudi tersebut membelanjakan kira-kira RM 35.5 Billion hanya untuk pertahanan pada tahun lalu (tertinggi di Asia Tenggara,mahupun di Asia)..

  1. Negara sebesar Malaysia pula hanya membelanjakan kira-kira RM 180 Billion sahaja sejak 23 tahun yang lalu..Peruntukan lima tahun untuk pertahanan Singapura bersamman dengan 23 tahun peruntukan pertahanan Malaysia.. Lihatlah betapa jauhnya aspek pertahanan kita ketinggalan..
 Kekuatan pertahanan Singapura tidak dinafikan

  1. Tetapi peruntukan pertahanan kita telah meningkat dari RM 2.09 Billion ke RM 11.109 Billion pada 2010..Jumlah ini masih kecil berbanding dengan negara jiran yang sememangnya menjadi ancaman buat kita..

  1. Terlepasnya Pulau Batu Putih menjadi pengajaran buat kita..Menurut Kuan Yew,tanpa pertahanan yang kuat,tidak akan wujud Singapura..Negara ini akan ‘dimakan’ negara jirannya dirujuk Malaysia dan Indonesia..

  1. Sebab itulah juga,semasa Malaysia dan Indonesia berura-ura ingin memiliki Sukhoi SU-30MK,Singapura mula beralih ke F-15E Silent Eagle..Tujuan Singapura adalah untuk mengatasi seluruh keupayaan lawannya..

  1. Hari ini,kita pula takut dengan negara kecil itu..Kuan Yew sangat bongkak dan tidak tahu mengenang jasa..Beliau tidak sedar,tanpa pertolongan Malaysia tidak akan wujud Singapura..

  1. Jika ditakdirkan Tunku Abdul Rahman betindak menangkap Kuan Yew dan mengeluarkan perintah berkurung,sudah tentu pulau tersebut menjadi milik kita..Tetapi Tunku bersikap rasional dan sentiasa berfikir ke hadapan ..

  1. Inilah sifat dan toleransi Islam yang perlu kita amati dan hargai..Jika Tunku pada waktu itu bukan Islam dan mempraktikkan sistem komunis,tentu sudah lama Lee Kuan Yew dihumban ke penjara..

  1. Kita sepatutnya bertindak sezalim Kuan Yew yang menghumban golongan yang menentangnya ke dalam penjara kerana kewujudan mereka dikatakan menggangu ketenteraman dan perancangan Singapura..

  1. Jika Malaysia bertindak sedemikian terhadap pembangkang hari ini,pasti kedaulatan negara akan tenteram dan tidak digugat orang asing..Negara kita perlu mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlambat..


  1. Jika ditakdirkan diruntuhkan Tambak Johor,negara sekangkang kera itu masih boleh lagi survive kerana sekutu besarnya pasti akan membantu..Kesungguhan negara didikan Yahudi itu untuk mengatasi ketakutannya kerana dikelilingi negara Islam mendorong Singapura mengambil langkah drastic..

  1. Selain itu,projek Koridor Iskandar juga perlu dirancang dengan teliti agar tidak terlalu bergantung kepada Singapura..Jangan biarkan mereka membeli tanah dan harta negara sewenang-wenangnya …

  1. Menjadi suatu kebimbangan jika Johor menjadi Singapura kedua kerana pimpinan mereka amat licik..Masih ingat kata-kata terakhir isteri Kuan Yew sebelum meninggal baru-baru ini..??Pesannya kepada Kuan Yew adalah jangan mempercayai orang Melayu dan Malaysia..Apakah kita masih terus mahu bersangka baik.?

  1. Jika Singapura mampu memperuntukkan RM 35.5 Billion untuk pertahanan negara sekecil itu,sudah tentu kita perlu berbelanja lebih daripada itu..Jika tidak,kita akan ‘dimakan’ satu masa nanti,percayalah..

  1. Malaysia perlu sedar,sekutu kuat Singapura seperti Amerika Syarikat dan Rejim Zionis Israel sentiasa mendampingi Singapura dari belakang..Jika kita tersilap langkah,kita akan ‘dimakan’..

  1. Justeru,Perdana Menteri,Menteri Pertahanan,Pakar Strategi dan semua panglima angkatan tentera sepatutnya memikirkan dan merangka strategi , apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan Yahudi kecil ini sebelum nasi menjadi bubur..??

  1. Kita juga perlu ingat,pemimpin Pulau Pinang selalu ke sana untuk mencari idea mengenai pentadbiran dan lain-lain..Adakah selepas ini akan wujud Singapura kedua,ketiga..??

  1. Perbelanjaan yang kurang memberikan impak kepada keselamatan hendaklah dikurangkan seperti perkara yang bersifak ceremonial supaya kita dapat berjimat dan menyalurkannya untuk pertahanan..

  1. Dr. Ridhuan Tee berpendapat supaya kita ambil semua hasil keuntungan minyak ini setiap tahun untuk membangunkan pertahanan...Beliau yakin dalam jangka masa lima-sepuluh tahun,Malaysia muncul menjadi negara hebat di Asia dan mungkin di dunia..

  1. Apapun,kita tidak boleh terlalu bergantung pada minyak dan gas sebagai sumber utama pendapatan negara..                                                                                                                                                                                              


(Dipetik dari artikel Utusan Malaysia,
DR. MUHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,
Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)


Monday, June 13, 2011

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.
3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).
5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.
6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.
8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.
Kena hentam dek Sukhoi. Ko mampu?? mampu??

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.
10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.
11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.
15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.
18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)
20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
Kapal tercanggih TLDM masa kini daripada Gowind Class

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut.
24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).
27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk .


Friday, June 10, 2011

Malaysia-Next

Assalammu'alaikum ...'
Saban hari,Malaysia berkembang sebagai sebuah negara membangun sehingga bergelar negara maju.

Jika anda semua berfikir Malaysia boleh memiliki aset pertahanan terunggul di dunia,adakah dengan cara kita mengimport nya dari negara luar dan kita kehabisan berbillion ringgit dalam jangka masa panjang..??

Tidak sama sekali..Jika kita inginkan yang terunggul,mestilah terhasil dari usaha dan kepakaran kita sendiri.. Hasilnya nanti boleh membawa untung yang amat besar sehinggakan sesebuah negara mampu bergantung pulangan padanya untuk maju..

Sebagai contoh,negara X ingin memiliki helikopter tercanggih dengan beberapa spesifikasi khas yang telah mereka tetapkan..Mereka juga ingin versi tersebut tidak digunakan negara lain terutama yang bukan sekutunya..Adakah mereka perlu mengimport helikopter jenis AH-64D Apache Longbow..??Pada masa yang sama juga,lebih 10 buah negara telah menempah versi yang sama dan bagaikan tiada kelebihan bagi helikopter tempur yang diinginkan negara X terbabit...

Sebagai jalan alternatif lain,negara X tersebut cuba menghantar wakil dari beberapa buah syarikat pertahanan nya pergi ke negara *** (negara pengeluar bagi sesebuah produk pertahanan) bagi mendapatkan kepakaran dan kemahiran serta teknik-teknik untuk menghasilkan helikopter tempur..

Kepakaran dan kemahiran yang diperolehi akan dibawa balik ke negara X dan proses pembuatan dijalankan..Tetapi perlu dilihat dahulu jika sesebuah negara tersebut dikenakan sekatan dari sesebuah kuasa besar..Akhirnya,helikopter tempur yang dihasilkan oleh negara X pada batch ke-3 nya muncul sebagai yang tercanggih dan paling lincah di rantau nya tersendiri.. (Batch pertama-kemungkinan negara X masih mengimport radar dan sistem berkaitan untuk dilengkapkan pada helikopter tempurnya..Batch ke-2 - semakin maju)

Negara X tersebut juga semakin digeruni apabila 5 tahun selepas itu,projek Main Battle Tank diperkenalkan dan prototaip pertama telah menggerunkan musuh di luar yang ingin menggugat keamanan di negara X.. Berbalik pada cerita di atas,

Jika dilihat,Technology Transfer sedang dijalankan di Malaysia membabitkan pembinaan kapal perang generasi baru dari kelas korvet dan LCS..Ini merupakan perkembangan positif di mana negara mampu menjana pendapatan lebih RM 12.2 Billion setahun hasil dari industri pertahanan itu sahaja (mungkin dalam masa 20-30 akan datang)..

Sekarang ini,manusia bukan sahaja berperang menggunakan senjata,tetapi kepakaran dan 'knowledge' yang dianggap amat penting untuk memperkukuh pertahanan sesebuah negara daripada dirampas hak dan kedaulatannya..Kita sebagai negara Islam,perlu membuktikan yang kita lebih baik dari segi kepakaran dan ilmu dalam bidang tertentu..

 Strength of Malaysia Military - ACV 300 IFV of Malaysian Army

Kita boleh mencontohi Turki di mana mereka mengeluarkan sendiri kereta perisai infantri seperti dari jenis ACV-300 yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia berjumlah 211 buah..Selain itu,Turki melalui industri pertahanannya juga telah berjaya menghasilkan kenderaan berperisai PARS 6X6,8X8 yang diiktiraf termaju oleh penganalisis pertahanan antarabangsa..

Baru-baru ini juga,Turki sedang giat membincangkan tentang projek pertama Main Battle Tank mereka dari jenis ALTAY yang diusahakan dua buah syarikat pertahanan Otokar dan Rotem..Pertama kali ingin menciptanya,mereka memerlukan bantuan luar seperti S. Korea..



Dilengkapi dengan enjin 1500 hp (PT-91M-1000hp) dan meriam utama Smoothbore 120mm memang menjadi tunjang utama Tentera Turki..Tetapi beratnya pula adalah 60 tonnes dan memerlukan gun loader.. Era masa kini semuanya menggunakan mekanisma automatik..

Baru-baru ini juga,Deftech (syarikat industri pertahanan Malaysia terbesar) dengan kerjasama FNSS diberi peluang menyiapkan prototaip pertama PARS 8X8 termaju menjelang 2012..Jika kerajaan berkenan, sejumlah 200-300 buah akan diperuntukkan dan sedikit pelaburan akan dibuat supaya Deftech dapat mengembangkan sayapnya..

Ingat wahai pembaca sekalian,Islam sekarang ditindas..Benarkan Malaysia supaya menjadi hero seperti 'Tony Stark' yang akan menyelamatkan umat Islam suatu hari nanti..Tetapi dengan satu syarat,masyarakat kita perlu sedar sikap mementingkan diri mereka dan bersatu padu..



STEP FORWARD MALAYSIA..STEP FORWARD MUSLIMS..ALLAHUAKBAR
Sesungguhnya manusia yang paling bahagia hidupnya adalah apabila mereka tergolong dalam ahli syurga Allah Subhanallah Ta'ala..

Sekian,terima kasih..
Wassalamualaikum

 Hargailah Kemerdekaan


dah la 2 utk hari ni. bbye peeps!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...