Wednesday, June 22, 2011

Back Stabbing?



Kenapa kita perlu ada kawan? Apa tujuan kita berkawan? Dan.. Individu yang bagaimana dianggap sebagai kawan? Perlu ke kita memilih kawan? Atau.. Berkawan sahaja dengan sesiapa pun. Ahh.. Itu persoalan yang bermain di benak fikiran saya ketika ini. Kenapa? Saya sendiri tidak pasti. Mungkin saya merindui kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata. Namun, walaupun jauh, ingatan saya terhadap mereka tidak pernah padam. Walhal, persoalan yang timbul itu langsung tidak berkaitan dengan ingatan yang melayang.

Ok. Tajuk entry kali ini berbunyi "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Agak serius bunyinya. Baru sekejap tadi saya berbual dengan kawan yang baru saya kenali tentang seorang kawannya yang seperti menikam belakangnya. Bukan tikam pakai pisau ok. Dia ada bertanya kepada saya tentang persoalan yang menjadi tajuk entry saya hari ini.

Oh.. Sungguh! Agak sukar saya nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Saya pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh kawan baik yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Saya sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, saya lupakan sahaja. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai saya katakan perasaan apabila dikhianati kawan baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Berwaspada. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

So, adakah bebelan saya ini menjawab persoalan "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Jika ada teman-teman saya di alam maya ini ingin berkongsi pendapat, apa nak buat bila ditikam/dikhianati oleh kawan baik sendiri, you are most welcome to do so. Sharing is caring kan? Peace! No war.








pegi mampus la kau! 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA!!

2 comments:

  1. haha, fitrah manusia la kan, nak buat mcm mana :) pape pun, jgn la kite pulak yg back stabbing kwn kite. inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. ni dari sini ke?


    http://tihazainal.blogspot.com/2010/01/bila-kawan-baik-tikam-belakang-apa-nak.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...