Wednesday, June 22, 2011

Operation Malaysia : Hacking!


Siapa lagi yang belum tahu berita berkaitan Pengondam Tanpa Nama atau lebih mesra dengan gelaran Anonymous Hacker? Rasanya hampir semua rakyat Malaysia dah tahu berkaitan hal ini. Oleh kerana aku tiada idea untuk blog, (entry ni atas permintaan seorang kawan) aku ingin turut sama berkongsi pendapat berkaitan Anonymous Hacker Menyerang MalaysiaLagipun keyword ni tengah hot di search engine Huh! Memang sangat menggegarkan negara la Operation Malaysia ni.  Baru beberapa minit yang lalu keluar dalam Buletin Utama TV3. Pihak yang berwajib dan bertanggungjawab dalam hal ini telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dan memandang ancaman ini sebagai ancaman serius. Oleh itu, Pihak Polis Diraja Malaysia pun dah campur tangan.

Untuk korang yang belum tahu, Operation Malaysia ni  berlaku pada hari Rabu 15 Jun jam 7.30 malam GMT atau hari Khamis jam 3.30 pagi waktu Malaysia. Laman web yang menjadi sasaran ialah www.malaysia.gov.my
Ramai yang kata, Anonymous Hacker bertindak menyerang web kerajaan Malaysia adalah kerana tindakan yang diambil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat beberapa laman web perkongsian percuma seperti thepiratebay.org
Sebagai seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia pembangunan laman web, saya sangat teruja untuk mengetahui apa bakal terjadi kepada penggodam-penggodam yang telahpun berjaya memecah sekuriti keatas lawan-laman web kerajaan.
Ini merupakan antara laman web kerajaan yang telah digodam;


`Anonymous’ ditubuhkan pada 2003 dengan moto `We are Anonymous. We are legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us’ (Kami tidak bernama. Kami kumpulan besar. Kami tidak memaafkan. Kami tidak akan Lupa).
Selain Malaysia beberapa negara lain turut diserang penggodam termasuk baru-baru ini Turki. Laman web CIA juga telah digodam!


Sekian saja untuk kali nieh! ok tq bbye. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...