Monday, June 27, 2011

Tony Blair Baca al-Quran Setiap Hari

 Tony Blair

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
 
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

Beliau membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun. - Kosmo

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.

Selalunya, bila di timpa musibah barulah kita mengambil Al-quran dan yasin lantas membacanya. Betol x? Hello kawan!! main facebook boleh pulak setiap hari, tapi tak kan la nak baca quran sekali sehari pon payah...!! fikir-fikir dan sebarkan...

5 Soalan untuk kita jawab.
  1. Adakah kita tidak tahu membaca Al-quran ?
  2. Adakah kita terlalu sibuk dengan dunia? 
  3. Adakah kita membaca terjemahan al quran setiap hari? 
  4. Adakah kita mengambil pengajaran dari Al-Quran?
  5. Bagaimana pula dengan anak-anak kita? adik beradik kita? kawan-kawan kita? Adakah kita pernah mengajak mereka untuk membaca Al-quran?

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.
(al-Ra`d : 28)
Hmmmm...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...