Ni bengkok bukan sebarang bengkok =) |
Isu pembatalan projek jambatan bengkok Singapura-Malaysia yang menggantikan tambak Johor juga menjadi persoalan dan tanda tanya. Sedangkan jambatan bengkok memberi banyak manfaat kepada rakyat malaysia dan singapura. Projek ini di sokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Sultan Johor dan di sangkal Perdana Menteri Singapura. Singapura menuntut ruang udara Malaysia dan beberapa tuntutan termasuklah pulau batu Puteh sekiranya projek jambatan bengkok diteruskan.
Mengapa Singapura tidak membenarkan Tambak Johor di gantikan dengan Jambatan bengkok?? Mungkinkah Singapura mempunyai agendanya yang tersendiri?? Tambak Johor menghalang kapal-kapal besar melalui Selat Tebrau dan air laut tidak melepasi antara Tambak Johor. Jambatan bengkok dilengkapi dengan sistem kapal-kapal besar dapat melalui Selat Tebrau seperti jambatan-jambatan di luar negara. Mungkinkah keadaan Tambak Johor yang lurus menyenangkan singapura menghantar kereta kebalnya melalui Tambak Johor memasuki sempadan Malaysia dengan jayanya selain menyerang malaysia melalui ruang udara.
SILA PAKAI KANTA TQ. |
Jika projek jambatan bengkok diteruskan dan Tambak Johor di robohkan mungkinkah agenda tersembunyi Singapura dapat diteruskan. Mungkin ya, dan mungkin tidak. Singapura boleh menyerang melalui ruang udara kita dan menyerang melalui timur Johor iaitu di Mersing, Johor. Sebab itu lah, Malaysia menempatkan pasukan komando dan elit di sana. Mersing ialah sebuah daerah yang mempunyai penduduk yang paling sedikit di dalam negeri Johor yang dipenuhi dengan hutan-hutan.
Walau apa pun, Kita mesti beringat bahawa musuh dalam selimut kita sentiasa mencari kelemahan kita walau di mana jua kita berada.
credittttt la...
ReplyDeletehttp://anakjatimuar.blogspot.com/2010/01/keselamatan-dan-pertahanan-negara_08.html#comment-form