Thursday, June 9, 2011

Saya Jadi Ustaz Malam Ni~ =)

Apa yang saya tahu, dalam menetukan sesuatu hukum, maka kita perlu lihat kesemua dalil2 yang tergolong dalam subjek tersebut.
 
Tak de pulak, Nabi SAW ugut kalau tak mandi boleh batal/tidak diterima sembahyang Jumaat/berdosa besar/bala yang akan turun.
 
Namun seruan/suruhan mandi ini telah diriwayatkan/diteggaskan oleh ramai sahabat ra, didalam banyak hadith.
 
Nabi SAW juga menceritakan kebaikan dan ganjaran kalau mandi sebelum datang sembahyang Jumaat. Kalau tak mandi, maka memang sah lah, tak kan dapat kesemua ganjaran Jumaat yang disediakan/dijanjikan Allah SWT.
 
Dari segi hukum, kalau tidak menganggapnya wajib sekalipun ( tak mandi hukumnya berdosa ), maka ianya sudah cukup untuk mengatakan sunnat yang sangat2 dituntut.
 
Namun, bukankah lebih afdhal kita ikut apa yang disuruh Nabi SAW?
 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
 
[33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
 
SodaqAllahul'Adzim
 
 
PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT
1. MANDI

Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.

( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghias dan Pakai Wangi²an

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."


3. Memotong Kuku

Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.


4. Membaca Surah al-Kahfi

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah

Sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat."
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat

Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.""

"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dari Mu dengan penuh kesabaran dan ketakwaan..."

WAllahua'lam
Wassalam
Hizamri

selamat beamal peeps! =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...