Friday, June 10, 2011

Malaysia-Next

Assalammu'alaikum ...'
Saban hari,Malaysia berkembang sebagai sebuah negara membangun sehingga bergelar negara maju.

Jika anda semua berfikir Malaysia boleh memiliki aset pertahanan terunggul di dunia,adakah dengan cara kita mengimport nya dari negara luar dan kita kehabisan berbillion ringgit dalam jangka masa panjang..??

Tidak sama sekali..Jika kita inginkan yang terunggul,mestilah terhasil dari usaha dan kepakaran kita sendiri.. Hasilnya nanti boleh membawa untung yang amat besar sehinggakan sesebuah negara mampu bergantung pulangan padanya untuk maju..

Sebagai contoh,negara X ingin memiliki helikopter tercanggih dengan beberapa spesifikasi khas yang telah mereka tetapkan..Mereka juga ingin versi tersebut tidak digunakan negara lain terutama yang bukan sekutunya..Adakah mereka perlu mengimport helikopter jenis AH-64D Apache Longbow..??Pada masa yang sama juga,lebih 10 buah negara telah menempah versi yang sama dan bagaikan tiada kelebihan bagi helikopter tempur yang diinginkan negara X terbabit...

Sebagai jalan alternatif lain,negara X tersebut cuba menghantar wakil dari beberapa buah syarikat pertahanan nya pergi ke negara *** (negara pengeluar bagi sesebuah produk pertahanan) bagi mendapatkan kepakaran dan kemahiran serta teknik-teknik untuk menghasilkan helikopter tempur..

Kepakaran dan kemahiran yang diperolehi akan dibawa balik ke negara X dan proses pembuatan dijalankan..Tetapi perlu dilihat dahulu jika sesebuah negara tersebut dikenakan sekatan dari sesebuah kuasa besar..Akhirnya,helikopter tempur yang dihasilkan oleh negara X pada batch ke-3 nya muncul sebagai yang tercanggih dan paling lincah di rantau nya tersendiri.. (Batch pertama-kemungkinan negara X masih mengimport radar dan sistem berkaitan untuk dilengkapkan pada helikopter tempurnya..Batch ke-2 - semakin maju)

Negara X tersebut juga semakin digeruni apabila 5 tahun selepas itu,projek Main Battle Tank diperkenalkan dan prototaip pertama telah menggerunkan musuh di luar yang ingin menggugat keamanan di negara X.. Berbalik pada cerita di atas,

Jika dilihat,Technology Transfer sedang dijalankan di Malaysia membabitkan pembinaan kapal perang generasi baru dari kelas korvet dan LCS..Ini merupakan perkembangan positif di mana negara mampu menjana pendapatan lebih RM 12.2 Billion setahun hasil dari industri pertahanan itu sahaja (mungkin dalam masa 20-30 akan datang)..

Sekarang ini,manusia bukan sahaja berperang menggunakan senjata,tetapi kepakaran dan 'knowledge' yang dianggap amat penting untuk memperkukuh pertahanan sesebuah negara daripada dirampas hak dan kedaulatannya..Kita sebagai negara Islam,perlu membuktikan yang kita lebih baik dari segi kepakaran dan ilmu dalam bidang tertentu..

 Strength of Malaysia Military - ACV 300 IFV of Malaysian Army

Kita boleh mencontohi Turki di mana mereka mengeluarkan sendiri kereta perisai infantri seperti dari jenis ACV-300 yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia berjumlah 211 buah..Selain itu,Turki melalui industri pertahanannya juga telah berjaya menghasilkan kenderaan berperisai PARS 6X6,8X8 yang diiktiraf termaju oleh penganalisis pertahanan antarabangsa..

Baru-baru ini juga,Turki sedang giat membincangkan tentang projek pertama Main Battle Tank mereka dari jenis ALTAY yang diusahakan dua buah syarikat pertahanan Otokar dan Rotem..Pertama kali ingin menciptanya,mereka memerlukan bantuan luar seperti S. Korea..



Dilengkapi dengan enjin 1500 hp (PT-91M-1000hp) dan meriam utama Smoothbore 120mm memang menjadi tunjang utama Tentera Turki..Tetapi beratnya pula adalah 60 tonnes dan memerlukan gun loader.. Era masa kini semuanya menggunakan mekanisma automatik..

Baru-baru ini juga,Deftech (syarikat industri pertahanan Malaysia terbesar) dengan kerjasama FNSS diberi peluang menyiapkan prototaip pertama PARS 8X8 termaju menjelang 2012..Jika kerajaan berkenan, sejumlah 200-300 buah akan diperuntukkan dan sedikit pelaburan akan dibuat supaya Deftech dapat mengembangkan sayapnya..

Ingat wahai pembaca sekalian,Islam sekarang ditindas..Benarkan Malaysia supaya menjadi hero seperti 'Tony Stark' yang akan menyelamatkan umat Islam suatu hari nanti..Tetapi dengan satu syarat,masyarakat kita perlu sedar sikap mementingkan diri mereka dan bersatu padu..



STEP FORWARD MALAYSIA..STEP FORWARD MUSLIMS..ALLAHUAKBAR
Sesungguhnya manusia yang paling bahagia hidupnya adalah apabila mereka tergolong dalam ahli syurga Allah Subhanallah Ta'ala..

Sekian,terima kasih..
Wassalamualaikum

 Hargailah Kemerdekaan


dah la 2 utk hari ni. bbye peeps!

1 comment:

  1. salam sahabat
    saya begitu berminat laman ini terutama ada ramai dikalangan rakyat yang ambil berat akan hal ehwal negara..maju dan syabas..pendek cerita saya yakin negara ini dan beberapa golongan yang perihatin pasti mengetahui pelan-pelan yang terbaik untuk melindungi negara ini..memang ya kita kekurangan barangan terbaik dalam pemilikan sistem persenjataan tetapi negara tidak hanya bergantung kepada aset kasar tetapi juga menerokai aset-aset lain yang mungkin lagi ampuh dan berbisa yang tidak akan disangkakan oleh pihak musuh..penggunaan kelengkapan second hand,atau kurang bermutu .mungkin ada muslihat sementara bagi membeli waktu kepintaran politik pemimpin2 kita juga adakala boleh ditafsirkan 'satu senjata unik' juga..namun apa-apa pun..saya yakin kekuatan pertahanan mesti menyeluruh..mungkin psikologi juga adalah 'alat pertahanan' yang terbaik..membiarkan negara luar melihat kita lemah dari serba serbi..juga satu 'kekuatan' bagi kita ..tersirat dan tersurat..sehingga pertembungan tidak berlaku..kita mungkin akan terkejut..'rahsia kekuatan' negara akan muncul bagaikan kilat yang tidak didugakan oleh mana-mana negara yang ada niat baik..masa akan pemimpin2 kita berpeluk tubuh? jika dalam 10..mesti dalam 1-2 point kita ada bersedia..jika 'rahsia kekuatan' ini diaktivatekan ..masa itu kita tahu..di pihak sebelah mana akan 'merasai hidung berdarah'..wallahuaalam mungkin saya berangan-angan..andai beanr tentera kita kalah..tuan dan rakan-rakan tidak mustahil adalah 'aset negara' yang 'rahsia 'itu..bersatu teguh bercerai kita roboh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...